be strong, amira
Posted On Thursday, June 12, 2014 @ 11:55 PM|
0 comments
Assalamualaikum.
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ;)
Haii waddup ! Sihat? Aku kat sini alhamdulillah. Tapi kali ni aku tak nak cerita merapu-rapu. Just nak cerita about seorang kawan aku..
Aku ada seorang kawan. Tapi aku dah anggap dia macam bestfriend aku. Nama dia Amira Dahlia. Cantik nama dia. Macam bunga dahlia. Aku suka panggil dia dahlia ;) Okay. Skip to the next.
To Amira, aku sayang kau sebab kau boleh terima aku yang kadang-kadang menggedik. Kau tahu? Dulu masa aku kenal kau, kau bahagia sangat-sangat. Macam-macam yang kau cerita kat aku. Bila jumpa aku kau jerit nama aku lah. Seriously, dulu kau bahagia. Kau seorang yang sangat ceria!
Kau tahu? Dulu aku cukup tak suka satu perangai kau ni. Kau tak boleh setia dengan someone tu. Maybe kau tak perfect, aku pun tak perfect. Semua orang pun tak perfect. Aku selalu tegur kau yang kalau kau sayangkan seseorang tu, jadilah setia. Tapi sekarang? Sumpah aku rasa menyesal sebab nasihatkan kau macam tu. Kalau aku tahu, aku tak nak kau jadi macam ni, and biar je kau terus dengan sikap playgirl kau supaya kau tak terasa sedih :p
Mula-mula kau kenal dia. Kau memang happy sangat. Aku pun tumpang gembira. Setiap masa bila kau jumpa aku, ada je kau cerita pasal dia. Sampai aku pun kadang-kadang jeles. Ugh.. Serious dulu kau selalu senyum. Bila kau gaduh je dengan faris tu, aku yang jadi orang tengah. Aku tukang mendamaikan korang. Haha, aku ingat lagi, bila setiap bulan kau happy sangat. Yela kan, anniversary korang.
Tapi........ semua tu dah berubah. Tak ada lagi kau nak happy-happy. Sengih-sengih macam kerang busuk. Segalanya berpunca daripada Faris ! Amira, kenapa kau kena jadi sampai macam ni sekali? Move on, sayang. Jangan give up macam ni. Jangan nak meratapi kehilangan Faris. Kalau dia sayang kau, dia takkan tinggalkan kau. Kau kata kau rindu dia, ada ke dia rindu kau? Ada dia cakap nak getback? Oh, memang dia ada cakap, tapi lepas tu dia cakap tak ready kan? Kau tahu, lelaki macam Faris lah aku benci sangat-sangat.
Dari aku kenal dia, sebenarnya aku dah tahu yg aku tak berapa suka dia. Aku tak faham kenapa kau suka sangat kat papan kering tu?! Kau dah tahu kan, yang dia smoking, kaki lepak, kaki ponteng, kaki masalah bapak segala masalah lah kan? Kau dah tahu tapi kau tahan lagi dengan dia. Kalau aku, biar aku dulu yg tinggalkan dia, sebab aku tahu aku takkan boleh ubah dia. Salah satu quote yang selalu aku ingat, yang pernah aku baca-
Jangan cuba bercita-cita nak ubah perangai seseorang yang kita suka terutamanya Playboy.
Pada aku, biarlah lelaki tu yang terkejar-kejarkan kita dulu. Jangan kita yang terhegeh-hegeh kat dia. Biar kita yang letak syarat untuk lelaki tu kalau nak dapat kita, jangan dia pulak yang letak syarat supaya kita dapatkan kita. Kau tahu, kalau seseorang lelaki tu sayangkan kita, dia akan cuba kejar kita, ubah diri dia menjadi sebaik-baiknya. Biar kita jual mahal dulu, jangan kita jual murah selepas tu. Jual murah yang aku maksudkan ialah kita bersedih sebab dia tinggalkan kita dan kita pulak yang terhegeh-hegeh. Lainlah kalau dia suami kau, maka pepatah melayu dulu-dulu, perigi cari timba pun kita boleh ketepikan. Yela kan, dah nama suami, dah pun tanggungjawab kita jaga suami elok-elok. Shuh shuh, apa aku mengarut ni ?? *blushing* ahahahaa.
Lelaki macam Faris tu tak layak dapat kau. Allah SWT pisahkan kau dengan dia because Allah SWT tahu apa yg terbaik untuk kita. DIA tahu yang Faris dah tak sayang kau lagi. Mungkin sekarang dia sayang, tapi lepas tu untuk masa depan dia sayang lagi ke? Allah SWT tahu segala masa lalu dan masa depan kita. Bila dia tarik apa yang kita ada sekarang, means dia nak bagi yang lagi terbaik untuk kita for the future. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mungkin jugak dia terlalu kurang sempurna untuk kau? InsyAllah. Jodoh kau adalah yang terbaik. Sebab tu kalau kau nak seseorang yang terbaik, yang mampu sayang kau, yang mampu bimbing kau nanti, kau kena tengok dulu diri kau baik ke tak. InsyaAllah, nanti kau dapat yang sempurna untuk kau.
Biarlah mira... biarlah. Past is past. Aku taknak kau menangis lagi dah. Aku dah taknak tengok kau im Faris for a getback. Biarlah Faris dengan hidup dia sendiri. Biar dia bahagia dengan cara hidup dia. Aku pasti sangat-sangat. Satu hari nanti dia akan menyesal sebab pernah sakitkan hati kau. Tapi macam mana? Oh, dengan caranya, kau kena move on dengan life kau. Tapi tu tak bermakna aku nak tengok kau macam dulu - couple clash couple clash.
Aku nak sangat tengok kau yang baru Amira :') Kau kalau pakai tudung comel sangat. Seriously ! Kalau perangai kita jahat macam mana pun, at least kita dah tunaikan salah satu perintah Allah. Tutuplah auratmu, sayang :) Aku tak tak suka bila ada lelaki yang bukan ajnabi tengok aurat kawan aku. Aku nak semua kawan aku tahu yang mana baik dan buruk. Aku nak tengok semua kawan aku berubah dan jalan di atas jalan yang betul. Di atas jalan-Nya. Aku tahu aku pun bukanlah sempurna sangat. Tapi yang aku tahu, tanggungjawab aku betulkan yang salah dan tegakkan kebenaran. Kalau aku nampak yang salah, tu lah yang akan aku tegur.
Amira, kalau Faris sayang kau, dia takkan mintak putus. Aku rasa maybe dia tahu yang dia tak mampu jadi yang terbaik untuk kau. Maybe jugak dia tak mampu nak lawan balik perangai dia tu macam yg kau nak. Kalau pun dia dah ada girl lain, biarlah dia. Biarlah. Cari hidup kau sendiri, kawan. Cari life kau balik. Satu hari nanti kau akan jumpa yang lain. Yang boleh jaga kau. Yang boleh sayang kau. Yang boleh bimbing kau. Tapi satu je Amira, aku nak tengok kau jual mahal sikit boleh? Aku nak tengok kau pulak dipandang sebagai permata istimewa oleh lelaki-lelaki lain. Aku nak kau jadi anak emas keluarga kau. Kau sayang parents kau kan? *senyum*
Aku pasti Mira, bila Faris tinggalkan kau dengan kau mengharapkan sesuatu yang tak pasti, bila dia tinggalkan kau dengan air mata yang basah lagi kat pipi kau, means dia dah tak sayang kau. Please, move on life kau. MOVE ON ! Aku jugak pasti satu hari Allah akan pusingkan balik situasi kau ni jadi kat dia balik. Allah SWT tu Maha Adil ! Aku bukan nak mendoakan keburukan untuk Faris tapi satu perkataan yang aku faham. Karma.
Amira, kalau kau sayang kawan-kawan kau, please move on. Live your own life back. Aku tak suruh kau lupakan Faris. Sebab aku faham ex kita jugak adalah orang yang pernah kita sayang sangat-sangat kan? Please. Just stop mengharap ! Stop mengharap yang dia akan balik kat kau semula. Dan ha, satu lagi, aku nak ingatkan kat kau, please kalau Faris nak getback dengan kau balik. Please jangan terima dia. Kalau kau terima dia sama je makna kalau kau nak disakitkan untuk kali yang keberapa entah =='
Huhh *sigh* Aku pun dah tak tau nak cakap apa. Aku harap sangat kau ingat dan faham apa yg aku tulis ni. Aku buat semua ni sebab aku sayang kau. Aku sayang kau sebagai kawannnn akuuuu :* Please faham kami.
Okay, sampai disini je jari-jari aku nak berhenti. nak pergi makan Maggi jap :p Maggi oh Maggi. Amira, kau tahu, aku rasa kau misteri. Aku tahu macam-macam yg kau dah lalui. Know what? Aku rasa hidup kau dan aku hampir sama. Hahaha. Mungkin kau tak tahu apa yang sama, tapi aku tahu :') Okaylahhh. Byee. Sorry panjang sangat. Eh? Blog aku suka hati aku lah :p *kidding* ahahahaha.
I want to see your smile again. And your laugh when you talk to me. Forget about it. Forget about it all. And remember that Allah always beside you :)) *tersenyum*
Thanks for stopping by.
Salam.
Lots Of Love,
Panda AKA Timun Ganas.