utp
Posted On Thursday, June 12, 2014 @ 11:54 PM|
0 comments
Assalamualaikum.
Wassup guys. Sihat? Ni nak cerita ni. Haritu aku ada pergi Universiti Teknologi Petronas dekat Tronoh, Perak. Serious sebelum pergi hari jumaat tu aku excited gilaa. Rasa macam nak bercuti luar negara je haha. Walaupun cuma dekat Perak je kan? Haha. Okay. Bertolak pukul 11 lepas kelam kabut dengan mama siap pack barang. Yang kelakarnya, lagi 10 minit orang tu nak sampai, kami belum mandi lagi. Nasib baiklah time tu kawan mama tersesat taktahu mana rumah. Sempatlah jugak mandi kerbau hoho.
Start gerak, macam biasa aku mesti tidur kalau dalam kereta. Nak stabilkan mindalah katakan. Yela aku ni jenis kalau duduk dalam kereta lama lama memang rasa pening lalat nak muntah bagai. hehe. tapi nak buat caner, aku terpaksa tidur jugak. Lepas dah puas tidur, kitaorang ada singgah RnR Tapah. Dekat sana best gila okay banyak gerai buah buahan. haha aku kan peminat buah. Lagi best time tu kawan mama belanja. So shoppinglah sekejap. Cuma nak cakap je makanan kat sana mahal weh. Lainlah kalau ada siput sedut memang aku redha je walaupun mahal. Lepas dah kenyang and puas rehat, kami pun sambung perjalanan.
Dalam pukul 5 cemtu barulah sampai kat hotel D. Haha. Lawak kan nama hotel tu? At first, kawan mama cakap hotel tu sebelah billion. okay. Aku pelik ah billion tu jutawan ke? Pelik punya pelik nampaklah signboard punya besar atas bangunan tertulis Hotel D. Yang billion tu pulak rupa rupanya pasaraya. haha serious nak tergelak aku. Yang lagi buat aku pecah bila bos mama mesej kawan mama, " kat mana hotel tu nama apa?" then kawan mama balaslah "dekat D hotel" yang bos mama tu pulak blur dia fikir kawan mama main main dengan dia so dia pun balas "memanglah di hotel, takkan lah di rumah pulak" Time tu kami semua dah ketawa gila gila dah haha. Kawan mama pun peliklah but then dia tersenyum je "err puan memanglah nama hotel tu D hotel. Hotel D. Takkanlah saya nak main main pulak" haha.
First day best jugak ah. Cuma yang tak bestnya muka aku jadi mengelupas lepas pakai pencuci muka fair and lovely yang baru tu. then mulut aku pun sama sebab pakai liptint. mama cakap aku tak biasa dengan aircond. lol tak sangka ada species macam aku hahaha.